Sejarah Selangan generasi

Pada awalnya, Chamisso dan Steenstrup menghuraikan penggantian bagi beberapa generasi tersusun yang berbeza (seksual dan aseksual) bagi haiwan dengan istilah "selangan generasi", sewaktu mengkaji perkembangan tunikat, knidaria dan trematod.[7] Fenomena ini turut dikenali sebagai heterogami. Pada masa kini, istilah "selangan generasi" dikaitkan hampir secara eksklusif dengan kitaran hidup tumbuhan, khususnya dengan selangan gametofit haploid dan sporofit diploid. [7]

Wilhelm Hofmeister mendemonstrasikan selangan generasi morfologi dalam tumbuhan,[8] di antara generasi pembawa spora (sporofit) dan generasi penghasilan gamet (gametofit)[9][10] Pada masa itu, satu perdebatan timbul yang memberi tumpuan kepada asal-usul generasi aseksual tumbuhan daratan, (contohnya, sporofit) dan secara konvensionalnya diwatakkan sebagai konflik antara teori antitetik (Čelakovský, 1874) dan teori homolog (Pringsheim, 1876) selangan generasi.[7]

Eduard Strasburger (1874) menemui selangan antara fasa nuklear diploid dan fasa nuklear haploid,[7] juga disebut sebagai selangan sitologi fasa nukleus[11] Walaupun kebanyakan kerap berlaku secara kebetulan, selangan morfologi dan selangan fasa nukleus kadang-kadang bebas antara satu sama lain, contohnya, dalam banyak alga merah, fasa nuklear yang sama mungkin berpadanan dengan dua generasi morfologi yang pelbagai.[11] Dalam beberapa paku pakis yang kehilangan pembiakan seksual, tidak ada perubahan di peringkat nukleus, tetapi selangan generasi dikekalkan.[12]

Rujukan

WikiPedia: Selangan generasi http://books.google.com.br/books?id=jTxfMQg38B4C&l... http://www.tandfonline.com/doi/pdf/10.1080/0037894... http://dash.harvard.edu/bitstream/handle/1/1114877... http://www.bryoecol.mtu.edu/chapters/5-9Sporophyte... http://si-pddr.si.edu/dspace/bitstream/10088/7107/... http://bibdigital.rjb.csic.es/Imagenes/P0044_S11_0... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC556298 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/15809414 http://www.algaebase.org/search/genus/detail/?genu... http://archive.org/details/vergleichendeun00hofmgo...